Projek Hydra Nova dibangunkan untuk menangani isu pembaziran air hujan dan kebergantungan tinggi terhadap air paip dalam kalangan pengguna. Walaupun Malaysia menerima taburan hujan yang tinggi, air hujan masih kurang dimanfaatkan kerana mengandungi kotoran dan mikroorganisma yang menjejaskan kualiti air.Objektif utama projek ini adalah untuk membangunkan sistem penapisan air hujan kos rendah yang efektif serta mudah digunakan untuk kegunaan harian. Metodologi kajian melibatkan reka bentuk sistem menggunakan perisian CAD, pemilihan media penapis seperti batu kerikil, pasir, arang aktif dan kapas penapis, serta pembinaan prototaip menggunakan teknologi percetakan 3D. Sistem ini turut mengintegrasikan pensterilan UV bagi meningkatkan kualiti air dengan mengurangkan mikroorganisma berbahaya.Dapatan kajian menunjukkan bahawa sistem Hydra Nova berjaya meningkatkan kejernihan air dan mengurangkan kekotoran secara signifikan. Air yang ditapis sesuai digunakan untuk kegunaan harian seperti mencuci dan pembersihan.Kesimpulannya, projek ini bukan sahaja menawarkan penyelesaian praktikal dan kos efektif, malah berpotensi tinggi untuk dikomersialkan sebagai sistem penapisan air hujan bagi kegunaan rumah. Projek ini juga menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 6, 12 dan 13) melalui pengurusan sumber air secara lestari.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Hakim, Muhammad Ikmal hakimikmal656@uitm.edu.my Naim, Ahmadi UNSPECIFIED Hafiz, Muhammad UNSPECIFIED Asiqin, Nur UNSPECIFIED |
| Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Technological innovations T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > Water supply for domestic and industrial purposes > Qualities of water. Water quality |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Dengkil Campus > Centre of Foundation Studies |
| Journal or Publication Title: | PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia Extended Abstract Book |
| Event Title: | PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia |
| Event Dates: | 11-12 April 2026 |
| Page Range: | pp. 66-70 |
| Keywords: | Penapisan air hujan, UV, Sistem kos rendah, Kelestarian, Penggunaan semula air |
| Date: | April 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/145598 |
145598.pdf
