Amanah baharu pensyarah JSG

Husin, Nurul Izza (2026) Amanah baharu pensyarah JSG. Bulletin. Jabatan Sains Gunaan, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Abstract

Seluruh warga Jabatan Sains Gunaan (JSG) berasa amat berbangga atas pelantikan di kalangan pensyarah JSG dalam struktur kepimpinan akademik di UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Tahniah diucapkan kepada ChM. Dr. Marina Binti Mokhtar atas pelantikan sebagai Koordinator Pra Pengajian Tinggi, serta Puan Suhaiza Binti Hasan atas pelantikan sebagai Koordinator Misi Akademik. Pelantikan ini berkuat kuasa mulai 2 Januari 2025.
Pelantikan ini mencerminkan pengiktirafan terhadap dedikasi, komitmen serta kepakaran yang telah ditunjukkan oleh kedua-dua pensyarah dalam memperkasa kecemerlangan akademik. Ia juga diyakini dapat memperkukuhkan sistem sokongan akademik serta meningkatkan kualiti pelaksanaan program di peringkat jabatan dan universiti.
Semoga amanah yang diberikan ini dapat digalas dengan penuh tanggungjawab, integriti dan kecemerlangan, seterusnya memberi impak positif kepada pembangunan pelajar serta institusi.
Sekalung tahniah dan selamat maju jaya dalam melaksanakan amanah baharu ini

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 145576.pdf]
Text
145576.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics