Projek "PinjamPro" dibangunkan untuk menangani isu pengurusan inventori dan sistem pinjaman alatan yang tidak efisien di Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK), Politeknik Ungku Omar. Masalah utama yang dikenal pasti adalah kebergantungan kepada kaedah manual menggunakan borang manual yang menyebabkan keciciran maklumat, ralat manusia dan kesukaran mengesan peminjam atau alatan. Objektif utama projek PinjamPro dibangunkan bertujuan untuk mendigitalisasikan proses pinjaman peralatan melalui integrasi teknologi kod QR dan platform no-code Google AppSheet. Dengan sistem ini, penyelia dan pembantu makmal dapat memantau alatan secara sistematik menerusi pangkalan data awan (Google Sheets) tanpa melibatkan kos pembangunan perisian yang tinggi. Sistem ini turut dilengkapi fungsi penjejakan automatik dan notifikasi amaran untuk pemulangan lewat. Dapatan menunjukkan bahawa PinjamPro berjaya mengurangkan masa peminjaman daripada 15 minit (manual) kepada hanya 2 minit (digital). Selain itu, kadar kesilapan pengisian maklumat pinjaman telah dikurangkan kerana PinjamPro menggunakan kod QR untuk mengenalpasti alatan. Kesimpulannya, projek ini bukan sahaja meningkatkan akauntabiliti dalam kalangan pengguna, malah menyokong matlamat pembangunan mampan (SDG 4, 9 dan 12) melalui memperkasakan persekitaran di Institusi Pendidikan Tinggi, pengurusan fasiliti yang cekap dan sifar kertas. Potensi pengkomersialan sistem ini adalah tinggi terutamanya untuk institusi pendidikan dan kolej vokasional yang masih menggunakan sistem manual.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Syamil, Muhammad Iman UNSPECIFIED Danish, Muhammad Faris UNSPECIFIED Mursyid, Amir UNSPECIFIED Hassan, Zainab zainabsan@puo.edu.my |
| Subjects: | T Technology > T Technology (General) > Technological change > Technological innovations T Technology > T Technology (General) > Information technology. Information systems |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Dengkil Campus > Centre of Foundation Studies |
| Journal or Publication Title: | PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia Extended Abstract Book |
| Event Title: | PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia |
| Event Dates: | 11-12 April 2026 |
| Page Range: | pp. 51-56 |
| Keywords: | PinjamPro, Google appsheet, Kod qr, Inventori digital, Politeknik Ungku Omar |
| Date: | April 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/145561 |
145561.pdf
