Bahasa Isyarat merupakan bahasa visual yang lengkap dan digunakan di seluruh dunia termasuk American Sign Language (ASL), British Sign Language (BSL) dan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM). Seperti bahasa pertuturan harian, bahasa isyarat juga boleh dipelajari melalui aplikasi dan platform, sekali gus menggalakkan komunikasi yang komprehensif. Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman tentang bahasa isyarat dalam kalangan masyarakat Malaysia dengan cara menawarkan pembelajaran BIM yang mesra pengguna dan interaktif serta menggalakkan lebih ramai orang menggunakan bahasa isyarat dalam kehidupan seharian. Isyara Vision dibangunkan untuk menyokong matlamat ini dengan menyediakan pengalaman pembelajaran yang menarik melalui elemen interaktif seperti animasi, video dan ciri-ciri pengesan imej Kecerdasan Buatan (AI) pada masa nyata yang membantu pengguna berlatih pergerakan tangan dengan tepat mengikut kemampuan masing-masing. Kami juga berhasrat untuk bekerjasama dengan organisasi kerajaan dan bukan kerajaan bagi meneroka penggunaannya dalam silibus pendidikan khas dan melancarkan aplikasi ini selepas ujian serta maklum balas yang mencukupi daripada pengguna. Harapan kami adalah untuk mengurangkan halangan komunikasi antara individu cacat pendengaran dan normal. Oleh itu, Isyara Vision mampu mempromosikan masyarakat yang inklusif tanpa mengambil kira perbezaan cara berkomunikasi.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Sahrul, Siti Nursahidatul Balqish UNSPECIFIED Abd Halim, Izz Zikry UNSPECIFIED Ahmad Shukri, Adam Harith UNSPECIFIED Mohamad Tuah, Muhammad Aqil Zharif UNSPECIFIED Mohd Anuar, Nur Adnin Hasnaa’ UNSPECIFIED Mohamed Ghazali, Mona Fatin Syazwanee monafatin@ukm.edu.my |
| Subjects: | T Technology > T Technology (General) > Communication of technical information T Technology > T Technology (General) > Technological change > Technological innovations |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Dengkil Campus > Centre of Foundation Studies |
| Journal or Publication Title: | PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia Extended Abstract Book |
| Event Title: | PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia |
| Event Dates: | 11-12 April 2026 |
| Page Range: | pp. 44-51 |
| Keywords: | Bahasa Isyarat Malaysia (BIM), Kefahaman bahasa isyarat, Masyarakat inklusif, Pengesanan imej AI |
| Date: | April 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/145551 |
145551.pdf
