Sinar Kasih 2.0: perkongsian ilmu dan rezeki

Bakhari, Nor Aziyah and Rosli, Siti Azlina and Ahmad, Sharaf (2026) Sinar Kasih 2.0: perkongsian ilmu dan rezeki. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Abstract

Pada 25 Mei 2025, Jabatan Sains Gunaan (JSG) sekali lagi berkunjung ke Rumah Anak Yatim / Miskin Sinar Kasih Darul Aitam di Kampung Kuala Samak, Kuala Ketil. Program Sinar Kasih 2.o dianjurkan dengan kerjasama Unit hal Ehwal Islam (UHEI) UiTM cawangan Pulau Pinang dan rakan kolaborasi Syarikat Faiza Sdn Bhd Zon Utara dan Pertubuhan Sinar Kasih Darul Aitam. Program ini juga telah mendapat pengiktirafan Penarafan Projek Komuniti 3 STAR daripada ICAN, UiTM.
Dua aktiviti bersesuaian telah dilaksanakan mengikut tahap umur peserta iaitu aktiviti STEM bagi anak-anak istimewa Tahap 1 dan aktiviti perkongsian ilmu teknik penanaman dan penjagaan pokok tin dan kaedah sistem fertigasi untuk peserta melebihi 10 tahun dan dewasa. Selain penyertaan para pelajar penghuni Rumah Jagaan Bakti Darul Aitam - anak yatim/yatim piatu/OKU dan pengurus rumah jagaan, program ini turut diserikan oleh penyertaan pelajar, staf akademik dan bukan akademik dari JSG, Jabatan Sains Komputer dan Matematik (JSKM), Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) serta Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) para pelajar PPKI Sekolah Kebangsaan Kuala Samak, waris-waris dan guru.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 145538.pdf]
Text
145538.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics