Smart Cram: pendekatan statistik untuk menilai konsistensi kromatografi

Ern, Gan Jye and Kumar Naidu, Pavan Shashi and Syariman, Nur Arissa Irdina and Abdullah Muhammad Shukri, Nur Marsya Zafirah and Wan Mohd Adnan, Wan Nur Atikah and Wan Khalit, Wan Nor Adira (2026) Smart Cram: pendekatan statistik untuk menilai konsistensi kromatografi. PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia Extended Abstract Book. pp. 18-25.
Abstract

Kromatografi merupakan teknik analitik yang penting dalam menentukan komposisi dan ketulenan sesuatu bahan. Walau bagaimanapun, penilaian konsistensi kromatografi sering bergantung kepada parameter individu seperti masa penahanan dan luas puncak, serta pemerhatian visual yang bersifat subjektif. Kajian ini memperkenalkan SMART CRAM (Statistical Mapping for Analysis of Reproducibility Tools in Chromatographic Reliability Assessment Method) sebagai pendekatan statistik bersepadu untuk menilai konsistensi profil kromatografi secara menyeluruh. Kaedah ini menggabungkan analisis pekali korelasi dan indeks keserupaan bagi membina matriks keserupaan antara sampel. Data dianalisis melalui beberapa peringkat termasuk penormalan data, penjajaran masa, dan pengiraan metrik statistik. Hasil kajian menunjukkan bahawa SMART CRAM berjaya mengelaskan sampel kepada kumpulan yang konsisten dan serupa secara kuantitatif. Kumpulan 1: Ni₂₀AC (KS1 – KS4) menunjukkan korelasi yang sangat tinggi antara sampel dan indeks keserupaan melebihi 0.90. Manakala Kumpulan 2: Ni₂₀Zn₂₀AC (KS5 – KS6) menunjukkan korelasi hampir sempurna (≈ 0.98) dengan indeks keserupaan tinggi (~0.96) yang menunjukkan kestabilan sistem yang baik dan Kumpulan 3: Ni₂₀La₂₀AC (KS7 – KS10) menunjukkan variasi yang lebih ketara antara sampel dan korelasi sederhana hingga lemah. Oleh itu, analisis ini menunjukkan peningkatkan ketepatan, mengurangkan subjektiviti, dan berpotensi diaplikasikan secara meluas dalam kawalan kualiti analitik serta sektor industri

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 145524.pdf]
Text
145524.pdf
Download (27MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics