Bengkel Inovasi Penulisan Akademik dengan Kecerdasan Buatan (AI)

Jumidali, Mohd Muzafa and Mahmood, Ainorkhilah and Md Yunus, Mohd Bukhari (2026) Bengkel Inovasi Penulisan Akademik dengan Kecerdasan Buatan (AI). Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Abstract

Jabatan Sains Gunaan (JSG) UiTM Cawangan Pulau Pinang telah berjaya menganjurkan Bengkel Inovasi Penulisan Akademik dengan Kecerdasan Buatan (AI) pada 13 Mac 2025 bertempat di Smart Classroom, UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP). Bengkel bertemakan "Mengoptimumkan Kecerdasan Buatan untuk Peningkatan Penerbitan Akademik" ini telah dihadiri oleh para pensyarah Jabatan Sains Gunaan dalam suasana penuh ilmu di bulan Ramadan yang mulia.
Objektif utama bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada warga akademik mengenai peranan teknologi AI dalam meningkatkan kualiti penulisan, mempercepatkan proses penyelidikan, serta memastikan pematuhan kepada standard akademik secara beretika. Inisiatif ini sangat penting bagi membantu pensyarah JSG meningkatkan jumlah penerbitan berkualiti tinggi dan memperkukuh reputasi penyelidikan UiTMCPP di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Sesi perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Dr. Suhailah Mohamed Noor pensyarah Kanan Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam UiTMCPP. Bengkel juga merangkumi empat fasa utama: Sesi Ceramah: Memahami peranan AI dalam ekosistem penulisan akademik masa kini. Sesi Demonstrasi: Teknik penggunaan alat AI dalam pencarian maklumat dan analisis data secara efisien. Latihan Amali: Peserta diberi peluang merangka dan menyunting manuskrip menggunakan teknologi AI secara langsung. Diskusi Interaktif: Sesi soal jawab mengenai etika dan batasan penggunaan AI bagi mengelakkan isu plagiarisme digital.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 145523.pdf]
Text
145523.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics