Pengajaran kolaboratif: CHM012 - Electrochemistry

Mokhtar, Marina and Abd Wahab, Nor Aimi (2026) Pengajaran kolaboratif: CHM012 - Electrochemistry. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Abstract

Pada 14 Julai 2025, satu sesi Collaborative Interactive Digital Learning (CIDL) Model 2 telah dilaksanakan bagi kursus CHM012: Electrochemistry untuk pelajar semester dua Program Pra-Diploma Sains (STEM C & Sastera, AS002 dan AS003) di Universiti Teknologi MARA, Cawangan Pulau Pinang. Program ini menampilkan pensyarah jemputan, Prof Madya Dr Alina Rahayu bt Mohamed dari Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Teknologi, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Webinar ini dijalankan secara dalam talian melalui platform Google Meet, manakala seramai 20 orang pelajar berkumpul secara fizikal di Smart Classroom dan selebihnya mengikuti dari tempat kediaman masing-masing bagi mengikuti sesi pembelajaran secara bersama. Pendekatan secara fizikal membolehkan suasana pembelajaran yang ebih interaktif dan kolaboratif walaupun penceramah berada di lokasi yang berbeza. Dalam sesi tersebut, Dr Alina Rahayu telah berkongsi penerangan yang jelas mengenai konsep asas elektrokimia, termasuk prinsip tindak balas redoks, sel elektrokimia, serta aplikasi elektrokimia dalam bidang industri dan teknologi moden. Beliau turut mengaitkan topik yang dibincangkan dengan situasi kehidupan sebenar seperti penggunaan bateri, proses penyaduran logam, dan teknologi tenaga lestari.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 145513.pdf]
Text
145513.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics