Misi akademik: Ekspo Selangkah ke UiTM (JSG)

Mokhtar, Marina (2026) Misi akademik: Ekspo Selangkah ke UiTM (JSG). Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Abstract

Ekspo Selangkah ke UiTM 2025 telah berlangsung dengan meriah di Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh pada 17 hingga 18 Mei 2025. Program ini diadakan bagi memberi peluang kepada lepasan SPM dan STPM, pelajar sekolah, guru serta ibu bapa untuk mendapatkan maklumat secara langsung mengenai peluang melanjutkan pengajian di UiTM.
Sepanjang ekspo berlangsung, pelbagai fakulti membuka reruai pameran termasuk JSG bagi memperkenalkan program pengajian yang ditawarkan. Program pengajian FSG yang ditawarkan di UiTM Cawangan Pulau Pinang ialah Pra Diploma Sains (AS007,AS008) dan Pra Diploma Sains (STEM C dan Satera) (AS002, AS003). Pengunjung berpeluang berinteraksi secara langsung dengan pensyarah dan wakil JSG untuk bertanya tentang syarat kemasukan, bidang pengajian serta prospek kerjaya selepas tamat pengajian. Suasana ekspo sangat meriah dengan kehadiran ramai pengunjung yang ingin mendapatkan panduan mengenai laluan pendidikan mereka.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 145512.pdf]
Text
145512.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics