S-TER: meningkatkan kemahiran pelajar melukis dan menamakan formula struktur alkohol dan asid karboksilik bagi kursus Kimia Organik di Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja

Shaari, Muhammad Khairulnidzam (2023) S-TER: meningkatkan kemahiran pelajar melukis dan menamakan formula struktur alkohol dan asid karboksilik bagi kursus Kimia Organik di Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja. APS Proceedings, 6 (1): 19. pp. 91-98. ISSN 003428568-X
Abstract

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran pelajar melukis dan menamakan alkohol dan asid karboksilik bagi kursus Kimia Organik di Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja. Seramai 11 orang pelajar Diploma Agroindustri Ternakan Ruminan semester 2 terlibat sebagai peserta kajian. Tinjauan awal telah dilaksanakan oleh pengkaji dan hasil tinjauan mendapati pelajar-pelajar ini menghadapi kesukaran dalam melukis dan menamakan alkohol dan asid karboksilik. Pengkaji telah mempraktikkan model kajian tindakan yang dibangunkan oleh Kemmis & McTaggart (1988). Perancangan tindakan difokuskan kepada kaedah untuk meningkatkan kemahiran asas dalam melukis formula struktur dan menamakannya serta mengetahui minat pelajar dalam topik alkohol dan asid karboksilik. Dalam kajian ini, pelajar telah didedahkan kepada alat bantu mengajar (ABM) iaitu S-TER. S-TER diinovasi menggunakan kad bercetak unsur karbon, hidrogen, oksigen serta beberapa simbol khas untuk membentuk formula struktur alkohol dan asid karboksilik. Pelajar telah menggunakan S-TER ini selama 60 minit di dalam beberapa sesi kuliah. Keputusan Ujian Pos S-TER menunjukkan peningkatan prestasi pelajar berbanding Ujian Pra yang menggunakan kaedah pengajaran secara konvensional sebelum ini. Hasil soal selidik juga menyatakan pelajar lebih berminat dan seronok dengan menggunakan S-TER. Kesimpulannya inovasi S-TER di dalam PdPc dapat meningkatkan kemahiran pelajar melukis dan menamakan alkohol dan asid karboksilik secara seronok dan menarik. Penambahbaikan boleh dilakukan dengan mengaplikasi inovasi S-TER kepada peserta kajian di peringkat sekolah, kolej dan universiti. Variasi kad dari pelbagai warna dapat digunakaan bagi membezakan formula struktur alkohol dan asid karboksilik semasa proses pembentukan ester.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 145505.pdf]
Text
145505.pdf
Download (592kB)
Indexing & Metrics
Download Statistics