Misi akademik ke flat Mutiara Idaman Jelutong

Mokhtar, Marina and Mahmood, Ainorkhilah and Hasan, Suhaiza (2026) Misi akademik ke flat Mutiara Idaman Jelutong. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Abstract

Program Misi Akademik UiTM Cawangan Pulau Pinang yang diwakili oleh Puan Suhaiza Hasan, selaku ketua Misi Akademik Kampus, ChM Dr. Marina Mokhtar, iaitu Koordinator Prasiswazah Pra Diploma dan Dr. Ainorkhilah Mahmood, pensyarah dari Jabatan Sains Gunaan telah diadakan pada 25 Oktober 2025 di Perkarangan New Channel Group (NCG), Solok Tengku Jelutong, Flat Mutiara Idaman 1, Pulau Pinang.Program ini dianjurkan oleh Kelab Sepaktakraw Jelutong Pantai bersama Propadu Holdings Berhad dan SKL Sdn. Bhd.,dengan kerjasama New Channel Group Association (Kebajikan dan Pendidikan). Program ini bertujuan memberi pendedahan, kesedaran dan motivasi kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM 2025 tentang peluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, khususnya di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Program bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dengan kehadiran pelajar-pelajar sekitar Jelutong serta ahli komuniti setempat. Sepanjang program berlangsung, para pelajar diberikan penerangan mengenai laluan pendidikan selepas SPM, peluang melanjutkan pelajaran di UiTM, serta kepentingan pendidikan dalam membina masa depan yang lebih cerah. Para penceramah turut berkongsi pengalaman dan memberikan kata-kata motivasi bagi membangkitkan semangat pelajar untuk terus berusaha mencapai kejayaan dalam akademik.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 145495.pdf]
Text
145495.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics