Pengajaran kolaboratif: PHY 145- Fizik Kejuruteraan

Abdul Hamid, Haslinda and Bakhari, Nor Aziyah (2026) Pengajaran kolaboratif: PHY 145- Fizik Kejuruteraan. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Abstract

Pada 17 Januari 2025, satu sesi pengajaran kolaboratif telah berlangsung melalui platform Webex. Sesi ini melibatkan kerjasama antara UiTM Cawangan PulauPinang dan Mangayarkarasi College of Engineering, India, yang memberi fokus kepada topik penting dalam kursus PHY145 (Fizik Kejuruteraan), iaitu Induksi Elektromagnetik. Dr. Vijaya Kumar, telah dijemput untuk menjadi penceramah dalam sesi ini. Pengajaran ini tidak hanya memberi tumpuan kepada teori, tetapi juga memperkenalkan aplikasi dunia sebenar, sekali gus memberi peluang kepada pelajar untuk memahami dengan lebih mendalam konsep-konsep yang diajar.
Pengajaran kolaboratif antara universiti-universiti dari dua negara ini bertujuan untuk menyediakan platform yang membolehkan pelajar berkongsi idea, mengembangkan pemahaman lebih mendalam mengenai topik-topik penting dalam fizik, dan meneroka cara pengajaran serta pembelajaran yang berbeza. Sesi ini dijalankan menggunakan teknologi dalam talian, memastikan lebih banyak pelajar dapat mengambil bahagian walaupun berada di lokasi yang berjauhan. Dalam hal ini, teknologi bukan hanya memudahkan pembelajaran, tetapi juga memberi peluang kepada pelajar untuk belajar dalam suasana yang lebih fleksibel dan interaktif.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 145493.pdf]
Text
145493.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics