Program Technology Preview & Showcase (TPS) anjuran Agensi Nuklear Malaysia

Abdul Hamid, Haslinda and Mohd Zin, Azrinawati (2026) Program Technology Preview & Showcase (TPS) anjuran Agensi Nuklear Malaysia. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Abstract

Pada 13 Oktober 2025, satu program berimpak tinggi iaitu Program Promosi Bersasar: Technology Preview & Showcase 2025 (TPS 2025) anjuran Agensi Nuklear Malaysia telah berlangsung di Baba & Nyonya Ballroom, Hotel Ixora, Perai, Pulau Pinang. Program yang diadakan dari pukul 8.30 pagi hingga 5.00 petang ini merupakan sebahagian daripada inisiatif promosi bersasar bagi memperkenalkan pelbagai khidmat dan produk
penyelidikan Agensi Nuklear Malaysia kepada Kerajaan Negeri, pihak industri, penyelidik, institusi pendidikan tinggi serta pemegang taruh di negeri-negeri Zon Utara Semenanjung Malaysia. Perasmian program telah disempurnakan oleh YBrs. Ts. Dr. Ishak bin Mansor, Timbalan Ketua Pengarah (Program Penyelidikan & Pembangunan Teknologi) Nuklear Malaysia.
Program ini telah dihadiri oleh Koordinator Jabatan Sains Gunaan (JSG), Dr. Azrinawati,bersama Dr. Haslinda sebagai wakil akademik dari UiTM Cawangan Pulau Pinang.Kehadiran delegasi ini bertujuan untuk meninjau peluang kerjasama penyelidikan serta memahami perkembangan terkini dalam aplikasi teknologi nuklear yang memberi manfaat kepada masyarakat dan sektor industri. Program TPS 2025 ini menampilkan pelbagai pembentangan teknologi serta pameran hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang merangkumi beberapa bidang utama seperti perindustrian, pembuatan, pertanian, agroteknologi, alam sekitar, keselamatan dan kesihatan sinaran, pengurusan sisa radioaktif serta kejuruteraan nuklear. Selain itu, turut diketengahkan usaha pengkomersialan teknologi yang dibangunkan bagi memastikan inovasi tersebut dapat dimanfaatkan secara meluas oleh industri dan masyarakat.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 145490.pdf]
Text
145490.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics