Bengkel penulisan jurnal pendidikan

Abdul Hamid, Haslinda and Abdullah, Ainnie Rahayu (2026) Bengkel penulisan jurnal pendidikan. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Abstract

Pada 10 Januari 2025, satu bengkel penulisan jurnal pendidikan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan SainsGunaan. Bengkel ini bertujuan untuk memperkasakan kemahiran penulisan akademik pensyarah dan penyelidik di jabatan ini, serta memberi pendedahan tentang proses dan teknik penulisan yang berkesan untuk penerbitan dalam jurnal pendidikan. Program ini juga memberi ruang kepada peserta untuk mempertingkatkan pemahaman mereka mengenai etika penyelidikan, yang merupakan elemen penting dalam menghasilkan karya akademik yang berkualiti.
Bengkel dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ts. Dr. Haslinda Abdul Hamid, pengarah program, yang menekankan kepentingan penerbitan jurnal dalam dunia akademik. Beliau mengingatkan peserta bahawa melalui penerbitan jurnal, bukan sahaja kerjaya akademik dapat diperkukuh, tetapi ia juga memberi impak positif kepada perkembangan ilmu pengetahuan di peringkat global.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 145489.pdf]
Text
145489.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics