Bengkel Bibliometrik: ke arah penerbitan berindeks & berimpak

Mahmood, Ainorkhilah and Hasan, Suhaiza and Bakhari, Nor Aziyah (2026) Bengkel Bibliometrik: ke arah penerbitan berindeks & berimpak. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Abstract

Dalam usaha memperkukuh budaya penyelidikan dan mempertingkatkan kualiti penerbitan akademik, Jabatan Sains Gunaan(JSG), UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menganjurkan Bengkel Bibliometrik: Ke ArahPenerbitan Berindeks & Berimpak dengan tema “Mengoptimumkan Bibliometrik untuk Peningkatan Penerbitan Akademik”. Bengkel ini telah berlangsung pada 25 Februari 2025 diSmart Classroom, UiTMCPP, dengan penyertaan para pensyarah yang komited untuk memperkukuh strategi penerbitan penyelidikan masing-masing.

Penganjuran bengkel ini merupakan satu inisiatif strategik JSG bagi memberi pendedahan kepada warga akademik mengenai kepentingan analisis bibliometrik dalam menilai prestasi penyelidikan, mengenal pasti trend bidang kajian serta merancang penerbitan yang lebih berimpak di jurnal berindeks antarabangsa. Pendekatan ini selaras dengan aspirasi universiti untuk meningkatkan visibiliti, sitasi
serta reputasi penyelidikan di peringkat nasional dan global.

Program dimulakan dengan sesi pendaftaran peserta diikuti ucapan aluan dan sesi bergambar. Bengkel ini menampilkan dua penceramah berpengalaman iaitu Cik Nur Iwani Nur Izaham dan Dr. Ainorkhilah Mahmood, yang berkongsi kepakaran berkaitan analisis bibliometrik serta strategi penerbitan akademik dalam landskap penyelidikan semasa.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 145485.pdf]
Text
145485.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics