Tahun 2025 menyaksikan Jabatan Sains Gunaan (JSG), UiTM Cawangan Pulau Pinang terus mengukuhkan kedudukannya sebagai pemangkin inovasi melalui pencapaian cemerlang dalam penghasilan produk penyelidikan serta perlindungan harta intelek. Kejayaan ini membuktikan keupayaan warga akademik JSG dalam mentransformasikan hasil penyelidikan kepada inovasi berimpak tinggi yang diiktiraf di peringkat nasional
dan antarabangsa.
Sepanjang tahun 2025, JSG telah berjaya menghasilkan lebih daripada 10 inovasipenyelidikan serta mendaftarkan beberapa hak cipta (copyright) yang melibatkan pelbagai domain seperti sains bahan, optoelektronik, teknologi semikonduktor, pendidikan STEM dan teknologi aplikasi.
Pencapaian ini diperkukuh melalui kejayaan dalam pelbagai pertandingan inovasiberprestij, dengan kutipan pingat yang memberangsangkan merangkumi pingat Emas,Perak serta Diamond/Gold dalam platform seperti MJIC 2025, INoDEx 2025, MTE 2025,IPITEX 2025 dan PIID 2025.
Antara inovasi berimpak tinggi yang diketengahkan termasuk pembangunan bahankomposit bebas plumbum berasaskan tin-polimer untuk perlindungan radiasi, inovasianalisis nanostruktur GaN menggunakan teknik kecerdasan buatan, sertapembangunan kit dan permainan pendidikan STEM yang menyokong pembelajaraninklusif. Kepelbagaian ini mencerminkan kekuatan penyelidikan multidisiplin JSG dalammenghasilkan solusi inovatif yang relevan dengan keperluan semasa.
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mahmood, Ainorkhilah UNSPECIFIED Zaine, Intan Syaffinazzilla UNSPECIFIED Abdul Wahab, Nor Aimi UNSPECIFIED Hasan, Suhaiza UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Mohd Zin, Azrinawati UNSPECIFIED Chief Editor Husin, Nurul Izza UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
| Journal or Publication Title: | Buletin Jabatan Sains Gunaan |
| ISSN: | 2289-8964 |
| Keywords: | Inovasi penyelidikan , Harta intelek , Inovasi STEM |
| Date: | 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/145483 |
145483.pdf
