Pencapaian cemerlang JSG dalam merealisasikan perancangan strategik UiTM2025

Mahmood, Ainorkhilah and Abdullah, Mohd Haris Ridzuan Ooi and Mohd Zin, Azrinawati (2026) Pencapaian cemerlang JSG dalam merealisasikan perancangan strategik UiTM2025. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Abstract

Dalam landskap pendidikan tinggi yang semakin kompetitif, keupayaan sesebuah jabatan untuk merealisasikan perancangan strategik secara berkesan menjadi penanda aras kecemerlangan institusi. Pembentangan Pelaporan Prestasi Universiti Suku Keempat Tahun 2025 bagi Pelan Strategik UiTM2025 oleh YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin, Naib Canselor UiTM pada 3 Februari 2026 menandakan berakhirnya satu fasa penting dalam pelaksanaan agenda strategik universiti bagi tempoh 2021 hingga 2025.
Seiring dengan hala tuju tersebut, Jabatan Sains Gunaan (JSG), UiTM Cawangan Pulau Pinang telah mempamerkan prestasi yang cemerlang dalam merealisasikan pelbagai inisiatif strategik, dengan pencapaian yang bukan sahaja memenuhi, malah melangkaui sasaran bagi beberapa Petunjuk Prestasi (PI) utama.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 145478.pdf]
Text
145478.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics