Sukarelawan memperkasa ekosistem koleksi digital PTAR: projek muat naik imej hadapan buku ke dalam sistem PERMATA

UiTM Shah Alam, Perpustakaan Tun Abdul Razak (2026) Sukarelawan memperkasa ekosistem koleksi digital PTAR: projek muat naik imej hadapan buku ke dalam sistem PERMATA. pp. 1-6.
Abstract

Pada 9–10 Februari 2026, telah berlangsung Projek Muat Naik Imej Hadapan Buku ke dalam sistem PERMATA bertempat di Pusat IT, PTAR. Program ini merupakan inisiatif kolaboratif bersama Sukarelawan PTAR yang merupakan pelajar-pelajar daripada Fakulti Sains Maklumat, UiTM Kampus Rembau, Negeri Sembilan. Projek yang berlangsung selama dua hari ini bertujuan memastikan setiap koleksi perpustakaan dilengkapi dengan imej kulit buku bagi tujuan paparan visual yang lebih menarik, mesra pengguna, dan mudah dikenal pasti. Inisiatif ini diharap dapat meningkatkan minat membaca, memudahkan proses pencarian bahan, serta menyokong aktiviti pembelajaran dan penyelidikan dalam kalangan warga UiTM. Sebanyak 517 rekod buku berjaya dikemas kini dengan imej kulit buku dalam sistem. Projek ini dikendalikan oleh Unit Perkhidmatan Pelanggan, Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan, dengan sesi taklimat disampaikan oleh En. Mohd Ismail Abidin, Ketua Unit, bersama Puan Siti Rohayu, Ketua Seksyen.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 145460.pdf]
Text
145460.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics