Membina penyelidik masa hadapan: penyeliaan penyelidikan pelajar di JSG

Mahmood, Ainorkhilah and Abdul Wahab, Nor Aimi and Mokhtar, Marina (2026) Membina penyelidik masa hadapan: penyeliaan penyelidikan pelajar di JSG. Bulletin. Unit Penerbitan Jabatan Sains Gunaan, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Abstract

Penyeliaan penyelidikan di peringkat prasiswazah dan pascasiswazah merupakan antara teras penting dalam memperkukuh budaya penyelidikan universiti serta melahirkan penyelidik generasi baharu yang berdaya saing di peringkat global. Seiring dengan aspirasi universiti untuk memperkasa kecemerlangan akademik dan inovasi penyelidikan, Jabatan Sains Gunaan (JSG), UiTM Cawangan Pulau Pinang terus memainkan peranan aktif dalam membimbing pelajar menjalankan penyelidikan yang berkualiti tinggi dalam pelbagai bidang sains dan teknologi.

Melalui penyeliaan yang sistematik dan berfokus, para pelajar berpeluang meneroka pelbagai bidang penyelidikan strategik seperti nanostruktur semikonduktor, optoelektronik, bahan fungsian termaju, teknologi bahan serta aplikasi biomaterial. Antara fokus penyelidikan yang dijalankan termasuk kajian berkaitan nanostruktur Gallium Nitride (GaN) untuk aplikasi optoelektronik, pembangunan bahan berasaskan tin-polysiloxane bagi penyerapan radiasi, peranti fotodetektor semikonduktor serta pengubahsuaian permukaan bahan untuk aplikasi bioperubatan.

Penyeliaan ini melibatkan pelajar di peringkat Ijazah Kedoktoran, Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda yang menjalankan projek penyelidikan di bawah bimbingan para pensyarah JSG seperti Prof. Madya ChM Dr. Nor Aziyah Bakhari, Dr. Ainorkhilah Mahmood, ChM Nor Aimi Abdul Wahab, Ts. Dr. Haslinda Abdul Hamid dan ChM Dr. Marina Mokhtar bersama penyelia bersama yang lain. Melalui bimbingan berterusan ini, pelajar didedahkan kepada proses penyelidikan saintifik yang komprehensif merangkumi reka bentuk eksperimen, analisis data saintifik, pembangunan model penyelidikan serta penulisan akademik.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 145459.pdf]
Text
145459.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics