Naratif Taka Taki

Musa, Mayhana and Zainal Abidin, Zainudin (2023) Naratif Taka Taki. APS Proceedings, 6 (1): 5. pp. 22-25. ISSN 003428568-X
Abstract

Inovasi Naratif Taka Taki merupakan satu penghasilan Big Book dalam membantu murid prasekolah untuk mempelajari kemahiran membaca, mengira, bahasa dan moral. Dalam inovasi ini terdapat banyak unsur yang diterapkan dalam mempelajari kemahiran asas dibantu dengan didik hibur serta penggunaan warna yang akan menarik minat murid. Selain itu, penggunaan gambar sangat membantu menjadikan Taka Taki ini lebih menarik. Secara ringkasnya, inovasi ini merupakan sebuah penceritaan tentang jari kanan dan kiri. Ia melibatkan peranan setiap jari yang digabungkan dengan unsur penceritaan dan moral, serta grafik yang pelbagai. Bukan itu sahaja, inovasi ini juga boleh digunakan untuk membantu golongan kurang upaya (cacat penglihatan) untuk mengira nombor sehingga 10. 6 orang murid sasaran menggunakan injovasi ini. Perubahan positif dapat dilihat dengan jelas berdasarkan pemerhatian tingkah laku yang menunjukkan minat bertambah terhadap pembacaan dan temu bual yang dilakukan untuk melihat kepada respon murid yang berubah kepada lebih baik dan positif.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 145318.pdf]
Text
145318.pdf
Download (749kB)
Indexing & Metrics
Download Statistics