Inovasi yang diberi tajuk Light Nyum-Nyum merupakan inovasi baru yang diasaskan oleh guru-guru di SMK Bukit Gambir, Tangkak, Johor. Light dalam tajuk inovasi ini merupakan cahaya dan Nyum-Nyum pula dapat diistilahkan sebagai bunyi kesedapan kunyahan dari set penapis cahaya yang disediakan. Elemen penggunaan bahan PdPC yang menarik, mudah di ‘hands-On’ serta boleh dimakan ini, adalah untuk menarik perhatian pelajar dalam PdPC berkesan khasnya melibatkan pelajar kelas Galus. Model ini juga amat fleksible, dihasilkan dari bahan terbuang dan direka khas bagi membolehkan pelajar bergiat aktif dalam sesi PdPC bagi subjek sains Tingkatan 1, topik Cahaya dan Optik. Berdasarkan ujian keberkesanan produk inovasi Light Nyum-Nyum (pra dan pos), kajian mendapati bahawa penggunaan Model Inovasi Light Nyum-Nyum ini telah meningkatkan markah penguasaan pelajar secara purata dari 56.25% kepada 84.5%. Berlakunya peningkatan peratusan yang amat tinggi iaitu sebanyak 28.25%. Sample pelajar yang diuji adalah seramai 8 orang yang melibatkan 3 tahap pelajar iaitu pelajar cemerlang, sederhana dan galus. Temubual terhadap sample kajian juga rata-ratanya memberi persepsi amat positif terhadap inovasi ini. Diharapkan, inovasi Light Nyum-Nyum ini dapat memberi sedikit sebanyak impak dalam PdPC berkesan melibatkan para guru dan murid dalam PdPC berkesan.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Azmi, Nasihin nasihinazmiseromi@yahoo.com Chian, Nan Hua jea9010@moe.edu.my Ahmad Tajuddin, Noramira UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice) > Teaching aids and devices Q Science > Q Science (General) > Study and teaching > Laboratories. General works |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
| Journal or Publication Title: | APS Proceedings |
| ISSN: | 003428568-X |
| Volume: | 6 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 8-11 |
| Keywords: | Optics, Science, Teaching |
| Date: | 15 July 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/145315 |
145315.pdf
