SHAH ALAM - Menyedari pentingnya pemakanan yang seimbang dalam menyokong kehidupan seharian mahasiswa, Unit Ruang Niaga (URN), Pusat Residensi & Hospitaliti Pelajar (PRHP) bersama Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM terus komited menggerakkan inisiatif Menu Kasih Siswa UiTM. Program ini merupakan satu pendekatan berimpak tinggi yang menggabungkan elemen keprihatinan warga Universiti dan jalinan kerjasama dengan peniaga makanan tempatan di dalam kampus. Sinergi Bersama Peniaga Kampus Kejayaan pelaksanaan Menu Kasih Siswa UiTM adalah menerusi kolaborasi erat antara pihak peniaga makanan di dalam kampus UiTM bersama pihak fakulti, kolej kediaman dan Majlis Perwakilan Pelajar. Sinergi ini memastikan pelaksanaan Menu Kasih Siswa UiTM tidak hanya berfokus di kawasan kolej kediaman, malah meluas ke kafeteria fakulti serta fasiliti tumpuan pelajar Non-Resident. Menerusi persefahaman ini, peniaga dapat menawarkan pelbagai variasi hidangan berkualiti pada kadar harga yang sangat berpatutan dan jauh lebih rendah berbanding harga pasaran semasa.
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM Shah Alam, Pusat Residensi & Hospitaliti Pelajar UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Student Affairs Department |
| Keywords: | PRHP, e-buletin, Kampus Shah Alam |
| Date: | 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/145268 |
145268.pdf
