Food bank siswa UiTM: Prihatin, inklusif dan mesra mahasiswa

UiTM Shah Alam, Pusat Residensi & Hospitaliti Pelajar (2026) Food bank siswa UiTM: Prihatin, inklusif dan mesra mahasiswa. Bulletin. Student Affairs Department, Shah Alam.
Abstract

SHAH ALAM - Memahami kepelbagaian latar belakang dan cabaran kelangsungan hidup mahasiswa masa kini, Pusat Residensi & Hospitaliti Pelajar (PRHP) bersama Majlis Pengetua Kolej Kediaman Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) UITM terus memperkasakan inisiatif Food Bank Siswa UiTM. Program kebajikan ini direka khusus sebagai jaringan keselamatan pemakanan yang pantas, mesra pengguna, dan saksama buat seluruh warga kampus. Konsep 'Grab & Go'. Akses Mudah Tanpa Bayaran Food Bank Siswa UiTM beroperasi menerusi penyediaan ruang khas yang strategik dan mesra pelajar di kolej-kolej kediaman serta pelajar Non-Resident. Menerusi konsep "Ambil Yang Perlu, Menyumbang Yang Mampu", mahasiswa yang memerlukan boleh hadir ke ruangan ini pada bila-bila masa sahaja untuk mengambil bekalan makanan secara percuma tanpa sebarang bayaran. Langkah ini dilaksanakan bagi memastikan tiada kekangan birokrasi yang rumit apabila pelajar berada dalam situasi mendesak atau kesuntukan perbelanjaan, sekali gus menjaga kebajikan dan maruah mereka.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 145266.pdf]
Text
145266.pdf
Download (6MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics