Latihan industri merupakan satu keperluan untuk pelajar universiti sebelum graduasi. Kebiasaannya, latihan praktikal berlangsung selama tiga bulan
sehingga setahun. Dalam tempoh tersebut pelajar akan mengaplikasi ilmu teori yang dipelajari semasa pengajian di universiti. Selain itu, pelajar juga dapat menimba teknik-teknik terkini yang dipraktis di industri melalui latihan praktikal. Secara tidak langsung, pelajar mempunyai ilmu teori dan pengalaman kerja dalam bidang pengajian. Kepentingan dan kelebihan latihan praktikal tidak dapat disangkal lagi, namun demikian kebanyakan pelajar yang menjalani latihan praktikal berasa tertekan kerana tidak dapat mengadaptasi dengan persekitaran kerja dan juga dengan tuntutan kerja semasa latihan praktikal.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Shaik Alaudeen, Muharratul Sharifah muharr416@uitm.edu.my |
| Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce > Business > Vocational guidance. Career development L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus |
| Journal or Publication Title: | e-DINAMIK |
| ISSN: | 2682-7832 |
| Page Range: | pp. 468-469 |
| Keywords: | Latihan industri, Pendidikan tinggi, Adaptasi kerjaya |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/145254 |
145254.pdf
