Sesi Penggulungan Ketua Pustakawan UiTM membentangkan pelaporan pencapaian Perancangan Strategik Perpustakaan UiTM bagi tahun 2026 yang merangkumi pelbagai inisiatif dan pembangunan strategik perpustakaan. Pembentangan memberi tumpuan kepada pembangunan Muzium UiTM, Kompleks Tun Arshad Ayub, Galeri 7 Dekad, keusahawanan melalui pembangunan koleksi repositori keusahawanan, serta pengukuhan program Sukarelawan Perpustakaan UiTM. Selain itu, sesi ini mengetengahkan usaha memperluas akses terbuka tesis dan disertasi universiti awam melalui pembangunan platform MyTheses, pengurusan koleksi Melayu, koleksi profesor UiTM dan koleksi sumbangan peribadi, kerjasama strategik, pembangunan bakat serta pendigitalan proses kerja melalui PERMATA Intelligent Library Process. Pembentangan turut menekankan penglibatan perpustakaan dalam pengurusan arkib, perkhidmatan perpustakaan, sumber rujukan universiti dan perpustakaan digital. Secara keseluruhannya, pelaporan ini menggambarkan komitmen Jabatan Perpustakaan UiTM dalam memperkukuh perkhidmatan, koleksi, kolaborasi, pendigitalan dan pembangunan bakat selaras dengan hala tuju strategik universiti.
| Item Type: | Conference or Workshop Item (Speech) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM Shah Alam, PTAR UNSPECIFIED |
| Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Planning. Business planning. Strategic planning Z Bibliography. Library Science. Information Resources > University and college. Academic libraries |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) |
| Event Title: | Sesi Pembentangan Pelaporan Pencapaian Prestasi Perancangan Strategik Perpustakaan UiTM Suku Pertama (Q1) 2026 |
| Event Dates: | 19 Mei 2026 |
| Page Range: | pp. 1-16 |
| Keywords: | Perancangan strategik, Ketua Pustakawan, Perpustakaan UiTM |
| Date: | 19 May 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/145247 |
145247.pdf
