Dokumen ini membentangkan pelaporan pencapaian Petunjuk Prestasi Universiti (KPI) dan 18 Sasaran Perpustakaan (SP) di bawah Perancangan Strategik Perpustakaan UiTM bagi Suku Pertama (Q1) 2026. Pelaporan ini merangkumi pencapaian sasaran dalam aspek sumber digital berimpak tinggi, libat urus bersama program pengajian, pengunjung perpustakaan, pembudayaan ilmu, bahan bacaan warga universiti, penggunaan perkhidmatan perpustakaan digital, penggunaan laman web, repositori keusahawanan, sumber rujukan universiti, senarai bacaan, pengurusan rekod dan arkib, jaringan kerjasama komuniti, penglibatan alumni, kepuasan bekerja, latihan staf serta inovasi dan produktiviti kerja. Data pencapaian diperoleh melalui Executive Information System (EIS) dan dianalisis berdasarkan sasaran suku tahunan yang ditetapkan. Secara keseluruhannya, laporan ini menunjukkan tahap pencapaian setiap sasaran serta mengenal pasti sasaran yang memerlukan tindakan penambahbaikan. Beberapa inisiatif turut dirancang bagi mencapai sasaran Q2 2026, termasuk pengukuhan promosi dan kesedaran digital, libat urus bersama fakulti, program pembudayaan ilmu, literasi maklumat, pengurusan rekod serta pembangunan inovasi.
| Item Type: | Conference or Workshop Item (Speech) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM Shah Alam, PTAR UNSPECIFIED |
| Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Planning. Business planning. Strategic planning Z Bibliography. Library Science. Information Resources > University and college. Academic libraries |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) |
| Event Title: | Sesi Pembentangan Pelaporan Pencapaian Prestasi Perancangan Strategik Perpustakaan UiTM Suku Pertama (Q1) 2026 |
| Event Dates: | 19 Mei 2026 |
| Page Range: | pp. 1-36 |
| Keywords: | Perancangan strategik, Perpustakaan UiTM |
| Date: | 19 May 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/145246 |
145246.pdf
