Pada 5 Disember 2025 bertempat di Dewan Besar UiTM Cawangan Pulau Pinang telah diadakan majlis Hari Inovasi & Kualiti yang bertemakan “Ledakan Kreativiti”. Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan, selaku jawatankuasa penganjur telah berjaya membawa konsep “Glitz, Glam & Glory” yang berlangsung dengan suasana penuh meriah dan warna warni. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku serta lagu Wawasan Setia Warga UiTM, diikuti dengan persembahan pembukaan oleh Orkestra SMJK Jit Sin, Bukit Mertajam. Majlis ini diadakan bagi menghargai sumbangan warga UiTMCPP daripada pelbagai peringkat dan jabatan. Inilah detik manis para pemenang menerima sijil anugerah mereka, sebagai simbol pengiktirafan atas usaha dan pencapaian yang cemerlang.
Manakala pada 6 Disember 2025 pula, seluruh warga JSG turut berbangga di atas kejayaan ChM Dr. Marina Mokhtar di atas penganugerahan Citation Award 2025 daripada Institut Kimia Malaysia di atas sumbangan dan penyertaan aktif beliau di dalam badan profesional tersebut bagi tempoh 5 tahun kebelakangan.
Semua pencapaian membanggakan ini bukan sahaja mencerminkan kecemerlangan individu, malah turut menyumbang kepada peningkatan reputasi jabatan dan institusi secara keseluruhan. Kejayaan ini diharap dapat menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada warga jabatan untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang masing-masing.
Sekalung Tahniah & Syabas diucapkan kepada semua.
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abdullah, Ainnie Rahayu UNSPECIFIED Bakhari, Nor Aziyah UNSPECIFIED Mohammed Napiah, Noorezal Atfyinna UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Mohd Zin, Azrinawati UNSPECIFIED Chief Editor Husin, Nurul Izza UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
| Journal or Publication Title: | Buletin Jabatan Sains Gunaan |
| ISSN: | 2289-8964 |
| Keywords: | Hari Inovasi & Kualiti UiTMCPP, Ledakan kreativiti, Citation Award 2025 |
| Date: | 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/145245 |
145245.pdf
