Transkrip ini membincangkan pengalaman dan amalan seorang tokoh penjaga pantang profesional iaitu Puan Shahidatunnjwa binti Sulaiman, pengasas pusat penjagaan berpantang Sumayyah Anggun Confinement. Kajian sejarah lisan ini bertujuan mengkaji dan mendokumentasikan adaptasi amalan perbidanan tradisional Melayu dalam era moden. Fokus penyelidikan bertumpu kepada dokumentasi teknik rawatan aktif, elemen pemulihan fizikal dan emosi serta kepentingan pewarisan ilmu kepada generasi muda. Hasil kajian mendapati teknik tradisi seperti bertungku, berbengkung dan bertangas kekal menjadi pilihan utama kerana keberkesanannya dalam pemulihan pascabersalin. Elemen sokongan emosi menerusi mandi bunga dan urutan wajah turut relevan bagi meningkatkan keyakinan diri wanita. Selain itu, gabungan kearifan tempatan dengan sains moden terbukti saling melengkapi apabila dilaksanakan secara beretika. Dapatan juga menekankan keperluan pendidikan formal menerusi kursus bertauliah untuk menjamin kualiti industri penjaga pantang profesional di Malaysia. Secara keseluruhannya, dokumentasi ini berfungsi sebagai rujukan akademik penting bagi memelihara warisan budaya bangsa agar terus lestari selari dengan kemajuan teknologi perubatan.
| Item Type: | Oral History |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Halil, Farah Adriana 2025168049 Mohmad Pesol, Nur Syawatie 2025169371 |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Kamarudin, Hanis Diyana hanisdiyana@uitm.edu.my Interviewee Sulaiman, Shahidatunnjwa UNSPECIFIED |
| Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Small business. Medium-sized business R Medicine > RA Public aspects of medicine > Women—Health and hygiene |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management |
| Keywords: | Perbidanan tradisional, Penjagaan berpantang moden, Sejarah lisan, Sumayyah Anggun Confinement, Pemulihan selepas bersalin, Warisan ilmu |
| Date: | August 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/145244 |
145244.pdf
