Kajian sejarah lisan ini bertujuan untuk mendokumentasikan warisan seni kraf tangan anyaman buluh melalui temu bual Bersama dua orang pengusaha, iaitu Encik Mansor Bin Ujang dan Puan Zaitoniah Binti Karim dari Kraf Dol Buluh yang terletak di Hulu Langat, Selangor. Kajian ini memfokuskan kepada faktor-faktor yang menyebabkan penurunan minat generasi muda terhadap seni anyaman buluh, isu kekurangan tenaga mahir, serta strategi untuk memperluaskan aspek komersial dan pemasaran produk anyaman buluh. Kaedah kajian yang digunakan ialah temu bual sejarah lisan bagi mendapatkan maklumat berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tokoh secara langsung. Hasil kajian menunjukkan bahawa kurangnya minat generasi muda, kekurangan pendedahan awal, pengaruh teknologi, kesukaran mendapatkan tenaga pelapis, serta cabaran memperoleh bahan mentah dan memasarkan produk merupakan antara isu utaman yang dihadapi. Walau bagaimanapun, penyertaan dalam pameran, sokongan daripada agensi berkaitan, serta usaha memperkenalkan seni anyaman kepada masyarakat dilihat berpotensi meningkatkan kesedaran dan minat terhadap warisan ini. Kajian ini diharapkan dapat menjadi sumber
| Item Type: | Oral History |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Rahim, Nur Aizatul Azwa 2025178071 Abdul Rahim, Nur Irdina Aisyah 2025168061 |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Kamarudin, Hanis Diyana hanisdiyana@uitm.edu.my |
| Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Small business. Medium-sized business T Technology > TT Handicrafts Arts and crafts > Miniature craft |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management |
| Keywords: | Anyaman buluh, Seni kraf tangan, Pengusaha, Generasi muda, Kemahiran, Cabaran, Pemasaran |
| Date: | July 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/145243 |
145243.pdf
