Strategi dakwah kontemporari: analisis terhadap dakwah Ustazah Asma’ Harun di Malaysia

Ismail, Suriani (2026) Strategi dakwah kontemporari: analisis terhadap dakwah Ustazah Asma’ Harun di Malaysia. Masters thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Abstract

Dalam era kemodenan ini, kemunculan ramai pendakwah menjadikan ia suatu persaingan yang hebat terutamanya di media sosial. Antara mereka ada yang dikenali sebagai pendakwah selebriti dan begitu juga sebaliknya. Namun terdapat juga impak negatif daripada dakwah oleh pendakwah yang tidak dikenali latar belakang mereka. Berdasarkan pemerhatian pengkaji, terdapat beberapa kelemahan berkaitan strategi dalam menyampaikan dakwah yang perlu diberi perhatian agar dakwah menjadi lebih berkesan. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji strategi yang sesuai diimplementasikan dalam dakwah kontemporari di Malaysia dengan menjadikan Ustazah Asma Harun (UAH) sebagai contoh dan panduan kepada pendakwah. Secara khususnya, objektif kajian ini ialah mengkaji strategi dakwah kontemporari, menganalisis dakwah UAH dan mencadangkan kerangka strategi dakwah kontemporari kepada pendakwah di Malaysia sebagai panduan dalam penyampaian dakwah mereka. Reka bentuk kajian ini adalah kualitatif. Data dikumpulkan melalui dua sumber iaitu primer dan sekunder. Sumber primer diperoleh melalui temu bual semi-struktur dengan UAH dan pasukan beliau serta pakar dakwah dan akademik di Malaysia. Manakala sumber sekunder pula diperoleh melalui kajian kepustakaan yang terdiri daripada jurnal akademik, buku penyelidikan, kertas kerja dan bahan daripada internet yang khusus membincangkan mengenai strategi dakwah kontemporari Metod analisis data pula menggunakan analisis kandungan dengan menganalisis dapatan temu bual dan dokumen daripada kajian kepustakaan. Hasil kajian menunjukkan bahawa UAH telah melaksanakan strategi dakwah kontemporari di Malaysia dengan memanfaatkan pelbagai medium, iaitu melalui personaliti yang baik, persiapan ilmu yang baik, bijak dan berhikmah dalam menyampaikan sesuatu ilmu, dakwah di institusi masjid, mempunyai teknik percakapan yang baik, dakwah bersama kumpulan, dakwah melalui perilaku yang baik (bil hal), dakwah melalui media sosial, dakwah di institusi pengajian, dan dakwah melalui kesenian. Pendekatan ini memberikan impak positif terhadap perkembangan dakwah Islam di negara ini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 145212_fulltext.pdf]
Text
145212_fulltext.pdf
Available under License Dasar Harta Intelek UiTM (Para 6).
Download (3MB)
[thumbnail of declarationform.pdf]
Text
declarationform.pdf
Restricted to Repository staff only
Download (564kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics
Download Statistics