Perjumpaan bersama penasihat akademik & pelajar

Abdullah, Ainnie Rahayu and Mohd Zin, Azrinawati and Mokhtar, Marina and Rosli, Siti Azlina (2026) Perjumpaan bersama penasihat akademik & pelajar. Bulletin. Unit Penerbitan Jabatan Sains Gunaan, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Abstract

Pada 9 Oktober 2025 bertempat di Dewan Perdana 1, UiTM Cawangan Pulau Pinang telah diadakan sesi perjumpaan para pelajar Pra Diploma Sains bersama penasihat akademik di kalangan warga JSG. Program dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Chm Dr Marina Mokhtar dan seterusnya taklimat oleh koordinator JSG, Dr Azrinawati Mohd Zin. Tujuan perjumpaan pertama antara penasihat akademik dan para pelajar adalah untuk membina hubungan awal yang positif, memperkenalkan peranan dan tanggungjawab penasihat akademik, serta mendapatkan gambaran awal tentang latar belakang dan keperluan pelajar. Selain itu, perjumpaan ini juga memberi penerangan asas berkaitan struktur program, peraturan akademik, dan perancangan hala tuju pengajian bagi memastikan pelajar dapat menyesuaikan diri dan mengikuti pengajian dengan lebih terancang dan berkesan. Seterusnya, para pelajar diperkenalkan dengan penasihat akademik masing-masing dan diberi peluang untuk mengadakan perbincangan dalam kumpulan kecil.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 145173.pdf]
Text
145173.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics