Transkrip wawancara bersama Puan Mazlina binti Saidin seni kraf (batik)

Adnan, Amirah Haifa and Juwanda, Safiyyah Hannan (2026) Transkrip wawancara bersama Puan Mazlina binti Saidin seni kraf (batik). [Oral History] (Unpublished)
Abstract

Temu bual ini dijalankan bersama pemilik dan pengurus Rarebaqhang Studio oleh pelajar bagi subjek IMR621 iaitu Cadangan Kajian dan Pendokumentasian Sejarah Lisan. Sejarah lisan merupakan satu kaedah penting dalam merakamkan peristiwa, pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang atau sesebuah perniagaan, terutamanya maklumat yang tidak tercatat dalam dokumen bertulis rasmi. Melalui sesi temu bual ini, pelbagai maklumat berharga berjaya dikumpul berkaitan latar belakang penubuhan studio, proses penghasilan batik, strategi pengurusan perniagaan, serta cabaran yang dihadapi dalam mengekalkan keaslian warisan seni batik. Sesi temu bual ini telah dirakamkan, kemudian diproses dan ditranskripsikan sepenuhnya menjadi teks bertulis bagi memudahkan penyimpanan, analisis dan rujukan pada masa hadapan. Hasil transkripsi ini diharapkan dapat menjadi sumber rujukan yang sahih, membantu usaha memelihara maklumat berkaitan industri kraf tempatan, serta memberi gambaran sebenar mengenai usaha memajukan warisan budaya batik di Malaysia.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 145171.pdf]
Text
145171.pdf
Download (7MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics