T&L-PBL framework with the cartoon concept

Mohd Shafri, Nur Izzati and Md Zabit, Mohd Nazir and Hassan, Nuru Asyikin and Zachariah, Tirzah Zubeidah and Mohd Nazir, Eian Amsyar and Mohd Rosli, Nurul Fadzleen Shadzween (2025) T&L-PBL framework with the cartoon concept. In: Negeri Sembilan International Exposition (NSIEx) & Research Symposium 2025: e-Book of Extended Abstract. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan, pp. 5-7. ISBN 9786299595373
Abstract

Produk inovasi ini bermula penghasilannya apabila ianya melibatkan kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji bertajuk Kerangka PdPc-PBL Berkonsepkan Kartun Mata Pelajaran Sejarah Pelajar Tingkatan Empat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di seluruh Malaysia. Kerangka ini dibentuk menggunakan pendekatan kajian reka bentuk dan pembangunan atau Design and Development Research (DDR) bagi menghasilkan produk inovasi yang melibatkan tiga fasa utama iaitu analisis keperluan, reka bentuk dan pembangunan serta penilaian kebolehgunaan kerangka. Kajian ini akan membangunkan sebuah kerangka dengan pengintegrasian pendekatan Problem-Based Learning (PBL) berdasarkan Model McMaster University dengan Konsep Kartun dalam mata pelajaran Sejarah sekolah menengah. Pendekatan ini adalah sesuai dalam konteks kajian ini, yang akan menumpukan kepada penghasilan kerangka berteraskan PBL. Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa Kerangka PdPc-PBL Berkonsep Kartun Mata Pelajaran Sejarah boleh dijadikan panduan dalam menyediakan sebuah kerangka baharu dan komprehensif kepada PdPc Sejarah untuk meningkatkan penguasaan, kefahaman dan kebolehan pelajar. Makanya, ia dapat dilihat sebagai satu inisiatif yang baik apabila sebuah kajian membawa kepada penghasilan sesuatu produk yang baharu.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 145166.pdf]
Text
145166.pdf
Download (8MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics