Inovasi ini membangunkan satu model konseptual kompetensi pengetua berasaskan Teori Kompetensi Boyatzis (1982) dan Model Kompetensi Bongkah Ais (1993) bagi menyokong pelaksanaan pendidikan STEM di sekolah. Model ini menggariskan tiga domain utama kompetensi pengetua iaitu pengetahuan, kemahiran dan atribut yang saling melengkapi dalam memastikan keberkesanan kepimpinan pendidikan. Pembinaan model ini adalah sebagai respon terhadap dapatan Laporan Indeks STEM Murid (ISM) 2022 yang menunjukkan tahap pelaksanaan pendidikan STEM masih rendah, khususnya di negeri Melaka, akibat kelemahan dalam aspek kepimpinan dan komitmen guru.Model ini bertindak sebagai alat penilaian kendiri dan rujukan diagnostik yang boleh digunakan oleh pengetua, pegawai pendidikan dan pembuat dasar dalam menilai kesiapsiagaan dan keupayaan kepimpinan mereka. Ia juga berpotensi menyumbang kepada reka bentuk intervensi latihan profesional yang lebih bersasar dan berimpak tinggi. Secara teoritis, inovasi ini memperkayakan literatur pendidikan dengan menyediakan satu kerangka kompetensi berasaskan teori yang kukuh. Dari aspek praktikal, ia memberi panduan strategik kepada pemimpin sekolah dalam menambah baik kompetensi individu berdasarkan keperluan pelaksanaan STEM. Sumbangan kepada dasar pula merangkumi sokongan kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013–2025), khususnya Anjakan 5 berkaitan kepimpinan berprestasi tinggi.Akhir sekali, inovasi ini turut menyumbang kepada persekitaran sekolah yang lebih kondusif untuk pembelajaran STEM, melalui peningkatan kesediaan dan komitmen guru, yang seterusnya akan memberi impak positif terhadap budaya STEM dalam kalangan murid. Model ini diyakini mampu menjadi asas kepada pembangunan kepimpinan pendidikan yang lebih efektif dan relevan pada masa hadapan
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Talib, Sariati UNSPECIFIED Alias, Bity Salwana UNSPECIFIED Mohd Matore, Mohd Effendi @ Ewan UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > Academies and learned societies (General) L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies L Education > LB Theory and practice of education > Education and training of teachers and administrators |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
| Page Range: | pp. 1-4 |
| Keywords: | Kompetensi pengetua, pendidikan STEM, model konseptual, kepimpinan pendidikan, intervensi profesional |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/145161 |
145161.pdf
