Metafora merupakan bahasa kiasan yang digunakan dalam penghasilan karya sastera, pidato, iklan dan proses komunikasi harian termasuklah industri hiburan iaitu filem. Metafora dalam filem digunakan sebagai satu strategi komunikasi untuk menarik minat dan mempengaruhi penonton tentang jalan cerita sesebuah filem. Penggunaan metafora visual dalam filem juga adalah salah satu elemen penting kerana ia memberi penekanan kepada mesej tersirat yang disampaikan melalui aspek visual. Kajian ini dijalankan untuk menganalisis perbandingan metafora dalam filem berlainan genre yang dihasilkan oleh pengarah dan penulis skrip yang sama. Dua filem digunakan sebagai data kajian iaitu filem Imaginur (2022) dan Terbaik Dari Langit (2019) hasil karya Nik Amir Mustapha sebagai pengarah dan penulis skrip. Kedua-dua ujaran dalam filem ini ditranskripsi untuk mengenal pasti bentuk metafora yang digunakan dalam penceritaannya. Kajian ini menggunakan tiga bentuk metafora yang menggabungkan metafora lingustik dan metafora konvensional (Lakoff & Johnson,1980) serta metafora visual (Forceville,1996). Bentuk metafora yang dikenal pasti dianalisis menggunakan Teori Hibrid yang dipelopori oleh Tendahl (2009) dan Stover (2010), untuk menganalisis makna metafora. Bentuk metafora ini dikenal pasti dengan menggunakan Prosedur Pengenalpastian Metafora oleh Kumpulan Pragglejasz (2007). Hasil kajian menunjukkan bahawa kedua-dua filem mengandungi ketiga-tiga bentuk metafora. Bentuk metafora yang paling banyak digunakan dalam kedua-dua filem ini ialah metafora linguistik, diikuti dengan metafora konvensional dan metafora visual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persamaan domain tahap spesifik bagi kedua-dua filem ialah domain SIFAT, EMOSI, KEHIDUPAN, FIKIRAN dan KESEDARAN. Penggunaan metafora konseptual ini bersesuaian dengan tema, jalan penceritaan, latar belakang dan mesej yang disampaikan dalam filem Imaginur dan Terbaik Dari Langit.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Helmi, Syahidah Ameera UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Rashidin, Rozaimah UNSPECIFIED |
| Subjects: | P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > Malay language. General works. History P Language and Literature > PN Literature (General) > Motion pictures > Metaphor in motion pictures |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Language Studies |
| Programme: | Master in Applied Language Studies |
| Keywords: | Metafora, Metafora visual, Metafora linguistik, Analisis filem, Nik Amir Mustapha, Imaginur, Terbaik Dari Langit, MIP, Teori Hibrid |
| Date: | June 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/145070 |
145070_fulltext.pdf
Available under License Dasar Harta Intelek UiTM (Para 6).
declarationform.pdf
Restricted to Repository staff only

