Batik canting merupakan salah satu produk seni tekstil yang mendapat perhatian tinggi dalam kalangan pelancong di Malaysia. Keunikan proses penghasilannya yang masih mengekalkan teknik tradisional menggunakan canting dan lilin menjadikan setiap helaian batik mempunyai nilai eksklusif serta keistimewaan yang sukar ditandingi. Setiap corak yang dihasilkan bukan sahaja memaparkan kreativiti dan daya seni masyarakat tempatan, malah turut mencerminkan falsafah kehidupan, nilai budaya dan keindahan alam semula jadi yang diterjemahkan melalui motif flora, fauna, abstrak serta bentuk geometri. Perpaduan antara teknik tradisional dengan sentuhan moden dalam rekaan batik canting menjadikannya lebih segar, kontemporari dan sesuai dengan cita rasa pelbagai lapisan masyarakat, termasuk pelancong antarabangsa.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abd Halim, Siti Noorhaslina snhaslina@uitm.edu.my Rahmat, Ainol Mardhiyah dhiyarahmat@uitm.edu.my A. Rahim, Nur Rifhan rifhan@uitm.edu.my |
| Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > Costume. Dress. Fashion N Fine Arts > NK Decorative arts > Other arts and art industries > Costume |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus |
| Journal or Publication Title: | e-DINAMIK |
| ISSN: | 2682-7832 |
| Page Range: | pp. 442-443 |
| Keywords: | Batik Canting, Seni Tekstil, Pelancongan, PKS |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/144919 |
144919.pdf
