“Compassion In The Court” merupakan hasil penulisan seorang hakim bernama Frank Caprio. Buku ini diterbitkan sekitar Februari 2025 dan mempunyai 256 muka surat. Pada awalnya, buku ini mengisahkan latar belakang keluarga Frank yang berketurunan Itali. Mereka telah berimigrasi ke Amerika Syarikat dan menetap di sebuah perkampungan imigran yang terpencil di Rhode Island. Datuknya yang mempunyai ramai anak bekerja sebagai buruh kasar. Kemiskinan ini telah diwarisi oleh bapa Frank yang merupakan penjual susu dari rumah ke rumah. Frank menyatakan keadaan hidup mereka amat dhaif dan serba kekurangan itu bukan sahaja telah memberi banyak pengajaran, bahkan membuat mereka lebih memahami erti kebahagiaan sebenar. Kemiskinanan yang mereka hadapi inilah menyebabkan beliau dapat merasa masakan ibunya setiap hari kerana tidak mampu membeli makanan di luar. Tup, bapa kepada Frank mendidik anak-anaknya agar sentiasa merendah diri, memaafkan dan sentiasa memberi kebaikan kepada orang lain terutamanya para imigran yang sering berlakunya diskriminasi terhadap golongan ini. Keadaan ini berterusan sehinggalah suatu hari, bapanya meletakkan tangannya ke atas bahu Frank sambil menyatakan yang suatu hari nanti Frank bakal menjadi seorang peguam. Bapanya percaya bahawa profesion ini dapat membantu ramai orang susah serta menyebarkan manfaat kepada orang lain. Sejak dari detik itu, Frank telah berusaha mengejar cita-citanya. Pernah pengajiannya terhenti kerana tidak mempunyai wang untuk meneruskan pengajian. Ketika ini Frank mengambil keputusan untuk bekerja sebagai guru dan mengambil kelas undang undang di sebelah malam. Akhirnya Frank berjaya mengejar cita-citanya menjadi peguam dan akhirnya dilantik menjadi hakim.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamed Anuar, Rudza Hanim hanim146@uitm.edu.my Omar, Nazihah nazih573@uitm.edu.my Rahman, Khairunnisa khair330@uitm.edu.my |
| Subjects: | E History America > United States (General) K Law > KF United States Federal Law |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus |
| Journal or Publication Title: | e-DINAMIK |
| ISSN: | 2682-7832 |
| Page Range: | pp. 438-439 |
| Keywords: | Ulasan buku, Compassion In The Court, Frank Caprio, Etika kehakiman |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/144909 |
144909.pdf
