Model DKO dalam penyelesaian masalah matematik

Ng, Yut Kuan Nancy and Gunsing, Rosli @ James Gunsing (2023) Model DKO dalam penyelesaian masalah matematik. APS Proceedings, 5 (1): 67. pp. 405-416. ISSN 003428568-X
Abstract

Model DKO merupakan inovasi intervensi dalam membantu pelajar menjawab soalan penyelesaian masalah matematik di sekolah rendah dan menengah di daerah Beluran. DKO bermaksud Data, Kata Kunci dan Operasi. Pelajar sukar untuk menjawab soalan kerana tidak menguasai konsep operasi asas Matematik dan tidak boleh membuat perkaitan antara topik apabila berhadapan dengan masalah matematik. Soalan matematik berbentuk penyelesaian masalah matematik tidak boleh diterjemahkan kepada ayat matematik mudah kerana pelajar tidak dapat mengenal pasti kata kunci dan operasi matematik mengikut data aritmetik yang disediakan. Model DKO bukan hanya melihat kepada kebolehan pelajar membaca, menulis dan mengira, tetapi lebih daripada sekadar menghafal atau menceritakan semula fakta. Model DKO dapat membantu pelajar berfikir secara logik, membuat perkaitan, memahami konsep dan mengenal pasti kata kerja untuk menentukan jenis operasi matematik yang digunakan. Paling menarik, pelajar boleh menyelesaikan soalan penyelesaian masalah matematik dengan hanya 2, 3, atau 4 langkah mengikut markah yang diberikan. Berdasarkan analisis PARETO, model DKO ini memberi kesan sebanyak 80% terhadap pencapaian penguasaan kemahiran penyelesaian masalah matematik yang datangnya daripada 20% keberkesanan penggunaan model DKO.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 144857.pdf]
Text
144857.pdf
Download (629kB)
Indexing & Metrics
Download Statistics