Mangmoiselle

Mohd Rosdi, Muhammad Khairul Nizam and Akmie Rahimi, Hurien Humaira and Mustafa Kamal, Nor Alia and Vasu, Virroshini (2025) Mangmoiselle. In: International Undergraduate Research, Innovation, Invention and Design (I-URIID) 2025: e-Book of Extended Abstracts. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan, pp. 248-250. ISBN 9786299595366
Abstract

Projek perniagaan ini bertujuan untuk menangani masalah kulit seperti kulit kering, gatal, dan kulit terbakar akibat sinaran UV matahari. Keunikan produk ini ialah sebuah inovasi penjagaan kulit yang menggabungkan fungsi skrub, pelembap, dan perlindungan anti-UV secara semula jadi dalam satu produk melalui penggunaan bahan semula jadi seperti serbuk kulit manggis, chamomile, serta minyak pati Melati (jasmine essential oil).Produk yang dihasilkan ialah losyen skrub penjagaan kulit berasaskan bahan semula jadi yang dinamakan “Mangmoiselle”. Pemilihan kulit manggis adalah berdasarkan kandungan bioaktifnya yang mempunyai sifat antioksidan dan antibakteria. Chamomile pula dipilih kerana keberkesanannya dalam melembapkan, menenangkan, serta memberi keselesaan kepada kulit. Minyak pati melati berfungsi menyembuhkan luka dengan sifat anti-radang dan mempunyai antiseptik semula jadi yang membantu melawan jangkitan.Matlamat utama projek ini adalah untuk membangunkan formulasi losyen skrub yang selamat, berkesan, dan mesra kulit, serta mampu mengatasi masalah kulit pengguna. Kaedah Design Thinking digunakan dalam pembangunan projek ini yang merangkumi proses mengenal pasti masalah, penjanaan idea, formulasi produk, dan penambahbaikan berterusan berdasarkan maklum balas pengguna. Produk ini akan melalui proses ujian makmal bagi memastikan tahap keselamatan dan kualiti produk terkawal. Cadangan penambahbaikan termasuk pengoptimuman formulasi dengan menyeimbangkan nisbah bahan semula jadi serta penambahan bahan sokongan untuk meningkatkan mutu, kestabilan, dan daya tarikan produk di pasaran.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 144825.pdf]
Text
144825.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics