Kunjungan hormat Unit MASMED UiTM Mukah ke Unit Keusahawanan Politeknik Mukah

Sa'ait, Noraini and Enchang, Francesca and Kintang, Evyina (2026) Kunjungan hormat Unit MASMED UiTM Mukah ke Unit Keusahawanan Politeknik Mukah. Bulletin. Corporate Communication Unit, UiTM Mukah Campus, Universiti Teknologi MARA, Sarawak.
Abstract

Pada 13 April 2026, Unit MASMED, UiTM Mukah telah mengadakan kunjungan hormat ke Unit Keusahawanan Politeknik Mukah bagi meninjau aktiviti keusahawanan pelajar serta membincangkan potensi kerjasama strategik antara kedua-dua institusi. Unit MASMED telah disambut mesra oleh wakil Unit Keusahawanan Politeknik Mukah, iaitu Encik Johari Kusai, Ketua Unit Keusahawanan dan Encik Ahmad Syakir Kadimin, Pensyarah Jabatan Perdagangan. Sesi perbincangan yang berlangsung dalam suasana santai dan profesional itu memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan mengenai pelaksanaan program keusahawanan, kaedah pengurusan aktiviti pelajar, serta inisiatif yang dilaksanakan untuk memperkasa budaya keusahawanan dalam kalangan mahasiswa. Hasil daripada perbincangan tersebut, kedua-dua pihak mengenal pasti beberapa ruang kolaborasi yang berpotensi untuk dilaksanakan pada masa hadapan. Antaranya termasuk penganjuran program bersama, perkongsian kepakaran, aktiviti jualan dan pameran, serta inisiatif pembangunan usahawan pelajar yang dapat memberi manfaat kepada mahasiswa di kedua-dua institusi.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 144753.pdf]
Text
144753.pdf
Download (18MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics