Majlis apresiasi pelajar PPSPA rai kecemerlangan dan komitmen mahasiswa

Sulaiman, Muhamad Nasarudin and Mi'ad, Ros Anizah and Manaf, Sharifah Raina and Che Harun, Arif Azizi and Mohd Khairlani, Nurul Hidayah (2026) Majlis apresiasi pelajar PPSPA rai kecemerlangan dan komitmen mahasiswa. Bulletin. Corporate Communication Unit, UiTM Mukah Campus, Universiti Teknologi MARA, Sarawak.
Abstract

Program ini bertujuan mengiktiraf kecemerlangan pelajar bukan sahaja dalam bidang akademik, malah dalam aspek kepimpinan, kokurikulum, kesukarelawanan dan pembangunan sahsiah diri. Majlis turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar, pensyarah dan warga PPSPA dalam suasana yang lebih santai dan harmoni. Seramai 243 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Diploma Teknologi Pengeluaran Herba (AT122), Diploma Teknologi Akuakultur (AT127), Diploma Pengurusan Ladang (AT110), Diploma Pengurusan Industri Perladangan (AT120) dan Pra-Diploma Agroteknologi (AT001/ AT002) telah hadir memeriahkan majlis ini. Majlis turut mendapat sambutan menggalakkan daripada warga kampus dengan kehadiran pensyarah serta pengurusan tertinggi kampus yang bersama-sama menyerikan lagi acara tersebut.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 144731.pdf]
Text
144731.pdf
Download (18MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics