Program derma darah UiTM Mukah 2026

Manaf, Sharifah Raina and Sulaiman, Nurul Ain and James Minggu, Nurul Ain Atiqah and Irwan Hafizul Abdullah, Nur Insyirah Fatini (2026) Program derma darah UiTM Mukah 2026. Bulletin. Corporate Communication Unit, UiTM Mukah Campus, Universiti Teknologi MARA, Sarawak.
Abstract

Program Derma Darah 2026 telah dianjurkan oleh Unit Kesihatan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah bersama Jawatankuasa Perwakilan Kolej Seri Tanjung dengan kerjasama Tabung Darah Hospital Mukah. Program ini diadakan bertujuan membantu meningkatkan bekalan darah di Hospital Mukah di samping memupuk kesedaran dan semangat kesukarelawanan dalam kalangan warga UiTM serta masyarakat setempat. Program telah dilaksanakan pada 18 April 2026 bertempat di Dewan Seri Balau, UiTM Sarawak Kampus Mukah dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelajar, staf UiTM serta komuniti sekitar. Aktiviti dimulakan dengan sesi pendaftaran peserta dan pemeriksaan kesihatan oleh petugas Tabung Darah Hospital Mukah sebelum proses pendermaan darah dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 144717.pdf]
Text
144717.pdf
Download (18MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics