Learning fun games gamatkan pengunjung di Karnival Jom Masuk Universiti 2026 Zon Sarawak I

Sulaiman, Muhamad Nasarudin and Wondi, Mohd Hafizz and Ismail, Mohamad Izwan and Abu Bakar, Nur Ain (2026) Learning fun games gamatkan pengunjung di Karnival Jom Masuk Universiti 2026 Zon Sarawak I. Bulletin. Corporate Communication Unit, UiTM Mukah Campus, Universiti Teknologi MARA, Sarawak.
Abstract

Melalui pelbagai cabaran interaktif menerusi aktiviti Learning Fun Games, pengunjung berpeluang menguji minda, kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam suasana yang santai dan menyeronokkan. Aktiviti ini dikendalikan oleh empat orang staf akademik UiTM Mukah, iaitu Ts. Dr. Mohamad Izwan Ismail, Cik Nur Ain Abu Bakar, Encik Muhamad Nasarudin Sulaiman dan Ts. Mohd Hafizz Wondi. Menurut wakil penganjur, pendekatan berbentuk permainan pendidikan dilihat lebih efektif dalam menarik minat generasi muda untuk mendalami bidang akademik serta mengenali peluang pengajian tinggi yang tersedia di universiti awam dan institusi pendidikan tinggi seluruh negara. “Kami mahu pengunjung bukan sahaja memperoleh maklumat berkaitan kemasukan universiti, tetapi turut menikmati pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan interaktif,” ujar Ts. Dr. Mohamad Izwan yang merupakan salah seorang staf UiTM Mukah yang terlibat dalam pengendalian aktiviti tersebut.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 144690.pdf]
Text
144690.pdf
Download (18MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics