Renewed3d: modul realiti maya bukan imersif untuk pendidikan tenaga boleh baharu

Hilmi, Syahir Bahiran and Mohd Yusof, Anuar and Sufahani, Suliadi Firdaus (2025) Renewed3d: modul realiti maya bukan imersif untuk pendidikan tenaga boleh baharu. International Exhibition & Symposium On Productivity, Innovation, Knowledge & Education. pp. 24-28. ISSN 9789672948568
Abstract

Kajian ini bertujuan mereka bentuk dan membangunkan modul bagi pendidikan tenaga boleh baharu melalui teknologi Realiti Maya Bukan Imersif (Non-Immersive Virtual Reality, NIVR) untuk murid sekolah menengah menggunakan pendekatan reka bentuk dan pembangunan (Design and Development Research, DDR). Terdapat 3 fasa utama DDR iaitu Fasa Analisis Keperluan (Fasa 1), Fasa Reka Bentuk Dan Pembangunan (Fasa 2), serta Fasa Penilaian (Fasa 3). Penulisan ini hanya membincangkan kajian bagi Fasa 2 sahaja iaitu reka bentuk dan pembangunan modul tenaga boleh baharu menggunakan teknologi Realiti Maya Bukan Imersif (Non-Immersive Virtual Reality, NIVR). Hasil dapatan fasa analisis keperluan telah menunjukkan terdapat keperluan bagi membangunkan sebuah modul bagi pembelajaran tenaga boleh baharu, mewajarkan kajian bagi Fasa Reka bentuk dan Pembangunan (Fasa 2) dijalankan. Pada Fasa Reka Bentuk dan Pembangunan, modul dibangunkan menggunakan kaedah kesepakatan pakar (expert consensus) melalui Kaedah Fuzzy Delphi (Fuzzy Delphi Method). Seramai 15 responden pakar dalam bidang pendidikan sains, teknologi pendidikan dan teknologi maklumat terlibat dalam memilih elemen-elemen bagi konstruk utama yang akan digunakan dalam pembangunan modul seterusnya menghasilkan satu model reka bentuk bagi pembangunan modul. Modul RenewEd3D bagi pembelajaran topik tenaga boleh baharu telah berjaya dibangunkan dan diterbitkan di platform STEAM serta sedia untuk proses penilaian seterusnya bagi Fasa Penilaian (Fasa 3). Modul yang dibangunkan berpandukan model reka bentuk yang dicadangkan pakar boleh membantu pelajar memahami konsep pendidikan tenaga boleh baharu secara interaktif dan dapat menarik minat pelajar melalui pelbagai bentuk multimedia. Kajian ini dapat memberi implikasi penting kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), sekolah, guru-guru dan juga pelajarpelajar.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 144644.pdf]
Text
144644.pdf
Download (692kB)
Indexing & Metrics
Download Statistics