Satu kajian tentang kecenderungan penunggang penunggang motosikal dalam mengubahsuai motosikal mereka di Kuching / Mohammad Termidzi Haji Arpa

Arpa, Mohammad Termidzi (2001) Satu kajian tentang kecenderungan penunggang penunggang motosikal dalam mengubahsuai motosikal mereka di Kuching / Mohammad Termidzi Haji Arpa. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.

Abstract

Kajian ini adalah berkaitan dengan sikap sesetengah penunggang motosikal yang sering melakukan pengubahsuaian terhadap lnotosikal mereka di sekitar bandaraya Kuching. Tujuan dan matlamat kajian ini adalah untuk Inencari apakah faktor sebenar yang mendorong kecenderungan penunggang motosikal ini terlalu gemar untuk mengubahsuai motorsikal mereka. Kajian bertujuan untuk mengkaji apakah jenis-jenis pengubahsuaian yang dilakukan keatas kenderaan tersebut. Selain daripada itu ianya juga adalah untuk mengkaji pengubahsuaian yang dilakukan itu boleh memberikan kesan sampingan.la juga bertujuan untuk memastikan keberkesanan peraturan-peraturan jalanraya yang ditetapkan oleh para pihak berkuasa kepada penunggang-penunggang jalanraya Signifikasi kajian ini ialah ianya boleh menjadi salah satu bahan rujukan kepada para pelajar mahupun orang awam yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan pengubahsuaian motosikal. la. juga. penting kepada jabatan-jabatan tertentu contohnya Jabatan Pengangkutan Jalan serta pihak polis sebagai bahan rujukan mereka mengenai
masalah ini. Kaedah Dan Prosidur yang digunakan dalam menjalankan penyelidikan ialah dengan menggunakan kaedah penyoalan iaitu mengedarkan borang kaji selidik kepada
penunggang motorsikal di sekitar bandaraya Kuching. Selain daripada itu kaedah temubual juga akan turut digunakan bagi mendapatkan maklumat. Menggunakan kaedah pemerhatian menggunakan foto yang berkaitan dengan contoh-contoh pengubahsuaian. Kesimpulan yang boleh didapati daripada penyelidikan ini ialah pelbagai aspek yang berkaitan dengan pengubahsuaian motosikal telah diketengahkan. Segala aspek kajian dikupas dari mula hingga ke akhir seperti sikap penunggang, contoh pengubahsuaian yang dilakukan kesan pengubahsuaian, komen pihak berkuasa. lni adalah untuk
Inembuka mata masyarakat dan jabatan-jabatan yang tertentu bahawa ada kemungkinan gejala pengubahsuaian ini akan mendatangkan gejala yan.g lebih buruk pada masa akan
datang.

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of TD_MOHAMMAD TERMIDZI ARPA AD 0_5.pdf] Text
TD_MOHAMMAD TERMIDZI ARPA AD 0_5.pdf

Download (4MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

14461

Indexing

Statistic

Statistic details