Komunikasi merupakan elemen penting dalam sesebuah peristiwa bahasa sama ada komunikasi secara lisan mahupun tulisan. Elemen komunikasi juga mengalami perubahan gaya penyampaian yang berbeza-beza antara individu ketika berhubung mahupun berinteraksi sehingga mendorong kepada kepelbagaian penggunaan corak atau gaya bahasa. Antara perubahan paling ketara apabila penggunaan bahasa kesat, bahasa kasar dan cacian mendominasi dalam sesuatu isu yang tular. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti dan menganalisis penggunaan bahasa kesat dan cacian dalam ruangan komen Facebook berkaitan isu lantikan hakim Mahkamah Persekutuan berasaskan Strategi Ketidaksantunan Culpeper (1996) dan disokong oleh Formula Ketidaksantunan Konvensional Culpeper (2011). Hasil analisis kajian mendedahkan kewujudan empat daripada lima Strategi Ketidaksantunan yang dikemukakan oleh Culpeper (1996), iaitu ketidaksantunan secara langsung, ketidaksantunan positif, ketidaksantunan negatif, dan sarkastik atau sindiran, manakala strategi kelima, iaitu menahan kesantunan tidak ditemukan dalam dapatan kajian. Hasil daripada penelitian mendapati ketidaksantunan bahasa penggunaan bahasa kesat dan cacian menerusi ruangan komen media Facebook adalah satu bentuk tindak balas daripada pencetus yang mendorong sesuatu ujaran. Pengguna media sosial tidak lagi berselindung di sebalik akaun palsu untuk memberi pendapat atau pandangan tentang sesuatu isu malah, semakin berani mengeluarkan katakata kesat mahupun cacian demi kepuasan dan kepentingan peribadi. Justeru, dengan adanya kajian ini dapat meningkatkan kesedaean masyarakat terutamanya pengguna media sosial dalam menjaga tutur kata dan peka dengan keperluan menjaga kesantunan bahasa dalam komunikasi.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Pelet, Mohamad Nik Mat nikmat@uitm.edu.my Shahbuddin, Adib Zakwan Alqayyum adibzakwanalqayyum@uitm.edu.my Samud, Nurul Nadia nurulnadia2555@uitm.edu.my Harijaman, Norita noritaharijaman@uitm.edu.my Suhaimi, Nor Hani UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Said, Roshima roshima712@uitm.edu.my Chief Editor Ismail, Junaida junaidaismail@uitm.edu.my |
| Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language and languages P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > Malay language. General works. History |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
| Journal or Publication Title: | Voice of Academia (VOA) |
| UiTM Journal Collections: | UiTM Journals > Voice of Academia (VOA) |
| ISSN: | 2682-7840 |
| Volume: | 22 |
| Number: | 2 |
| Page Range: | pp. 101-114 |
| Keywords: | Strategi kesantunan, Bahasa kesat, Cacian media sosial, Politik |
| Date: | 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/144399 |
144399.pdf
