Mengangkat prinsip 'adil' dalam Aljabar: warisan Al-Khwarizmi dan transformasi pedagogi

Ariffin, Muhammad Shahimi and Ismail, Mohamad Alif and Kamal Basir, Mohd Zuhaili and Zakariah, Muhammad Zulkhairi and Musli, Farhah Athirah (2026) Mengangkat prinsip 'adil' dalam Aljabar: warisan Al-Khwarizmi dan transformasi pedagogi. Bulletin. Corporate Communication Unit, UiTM Mukah Campus, Universiti Teknologi MARA, Sarawak.
Abstract

Aljabar merupakan asas utama dalam disiplin matematik yang perlu dikuasai sepenuhnya oleh pelajar sebelum mereka dapat menguasai cabang ilmu lain seperti kalkulus, statistik, matematik diskrit, dan sebagainya. Justeru, pendedahan kepada konsep yang tepat amat penting agar pemahaman pelajar dapat dikaitkan dengan permasalahan sebenar dan dapat diaplikasikan dalam penyelesaian. Namun, pendekatan penyelesaian operasi matematik sering dikaitkan dengan kaedah “bawaan kontra” berbanding konsep “adil”, yang menjadi asas dalam Aljabar. Kaedah “bawaan kontra” ini menyimpang daripada maksud sebenar yang diperkenalkan oleh Al-Khwarizmi, kerana ia lebih menekankan hafalan berbanding pemahaman mendalam terhadap konsep asas.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 144385.pdf]
Text
144385.pdf
Download (17MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics