Pengaruh budaya merantau terhadap evolusi seni bina rumah tradisional Negeri Sembilan, Malaysia

Abdul Wahab, Mohamad Hanif and Bahauddin, Azizi and Awang Lah, Nor Aniswati (2022) Pengaruh budaya merantau terhadap evolusi seni bina rumah tradisional Negeri Sembilan, Malaysia. Technology, Science, Social Science & Humanities International Conference (TeSSHI) 2022. pp. 302-312. ISSN 9789672948339
Abstract

Alam Minangkabau merangkumi wilayah tengah Sumatera Barat yang dikenali sebagai darek hingga ke rantau Timur Minangkabau di Riau dan Negeri Sembilan. Pemekaran nagari Minangkabau disebabkan oleh proses merantau menyaksikan berlakunya variasi seni bina Minangkabau termasuklah Rumah Lentik Kampar (RLK) di Riau, Indonesia dan Rumah Tradisional Negeri Sembilan (RTNS) di Negeri Sembilan, Malaysia. Kertas kerja ini akan membentangkan tentang pengaruh budaya merantau terhadap seni bina RTNS di daerah Rembau, Negeri Sembilan. Pembentukan seni bina RTNS di Negeri Sembilan dan Rumah Adat Minangkabau (RAM) di Sumatera berlaku disebabkan perubahan secara evolusi yang selari dengan perkembangan kebudayaan Minangkabau. Ia membentuk kesamaan dan perbezaan pada seni bina rumah masyarakat Minangkabau melalui adat matrilineal, kelarasan atau hukum adat dan persekitaran luhak.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 144315.pdf]
Text
144315.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics