Ghost visit

Saleh, Zulkifili and Wan Hamid, Wan Hasliza and Abdul Karim, Siti Rohayu and Ramli, Nur Aqilah and Ibrahim, Sofazaiyada and Md. Akhir, Ashariza (2024) Ghost visit. In: International Industrial Revolution 4.0 Exposition : Innovating, Transpiring Dreams. Universiti Teknologi MARA, Kedah, Universiti Teknologi MARA, Kedah, p. 132. ISBN 9789672948711
Abstract

Kewujudan pembimbing guru yang dikenali sebagai Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah (SISC+) bertanggungjawab meningkatkan kualiti sekolah melalui inisiatif peringkat daerah yang sistematik dan berfokus. SISC+ perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran baharu dari semasa ke semasa melalui pelbagai pendekatan terutamanya dalam memanfaatkan komuniti pembelajaran profesional (PLC) bagi membantu dalam melaksanakan bimbingan dan pementoran. Di Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan learning walk ataupun jelajah pembelajaran sebagai alat PLC bagi meningkatkan kemahiran pemerhatian. Namun, disebabkan kekangan masa untuk melaksanakan learning walk semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku telah menyebabkan alat ini kurang digunakan. Justeru, SISC+ PPD Kota Setar telah memperkenalkan satu inovasi terhadap pelaksanaan learning walk melalui penggunaan Ghost Visit sebagai alat untuk mengumpul data mengenai pengajaran dan pembelajaran melalui pemerhatian. Ghost Visit boleh ditakrifkan sebagai lawatan berstruktur yang berterusan ke sekolah atau bilik darjah semasa tiada proses pengajaran dan pembelajaran berlaku, di mana peserta hanya membuat pemerhatian menggunakan sarana mengenai apa yang mereka lihat berkaitan dengan fokus yang telah dikenal pasti. Pengumpulan dan analisis data diatur untuk memberi tumpuan secara diskret kepada tiga fasa pengalaman: Focus, Improve dan Share (FIS). Impak pelaksanaan Ghost Visit menunjukkan SISC+ berjaya meningkatkan kualiti pemerhatian dan juga membuat refleksi, memikirkan semula cara mereka memantau dan mengukur prestasi guru, serta pengukuhan persekitaran pembelajaran berpusatkan murid. Impak pelaksanaan inovasi ini juga menunjukkan Ghost Visit boleh digunakan untuk membimbing pemimpin pertengahan di sekolah oleh SISC+. Ghost visit mempunyai potensi dilaksanakan bersama-sama dengan strategi lain seperti lawatan penandaarasan bagi mendapat pemahaman yang lebih baik. Maka, Ghost Visit telah mendapat perakuan Hak Cipta dari MyIPO (CRLY2024P01824).

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 144243.pdf]
Text
144243.pdf
Download (4MB)
Indexing & Metrics