Mengatasi kesalahan umum yang pelajar lakukan semasa menjawab soalan peperiksaan sains kejuruteraan

Abdul Aziz, Nur Azilina and Koa, Chee Hoon and Azmi, Siti Aishah Mengatasi kesalahan umum yang pelajar lakukan semasa menjawab soalan peperiksaan sains kejuruteraan. Technology, Science, Social Science & Humanities International Conference (TeSSHI) 2022. pp. 279-287. ISSN 9789672948339
Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membantu pelajar mengatasi masalah kesalahan umum yang sering dilakukan oleh pelajar semasa menjawab soalan peperiksaan Sains Kejuruteraan. Sampel kajian melibatkan seramai 100 orang pelajar semester 1 Politeknik Seberang Perai. Kaedah yang dilaksanakan adalah dengan memberi tumpuan dan fokus kepada contoh-contoh kesilapan yang biasa dilakukan oleh pelajar semasa menjawab soalan peperiksaan Sains Kejuruteraan. Tinjauan awal telah dibuat melalui ujian pra, diikuti dengan dua pengisian program serta diakhiri dengan menjawab soalan ujian pos. Hasil dapatan menunjukkan ramai pelajar melakukan kesalahan yang sama semasa menjawab soalan ujian pra seperti semasa pelajar menjawab soalan peperiksaan Sains Kejuruteraan. Oleh itu, pendekatan berfokus diperkenalkan kepada pelajar sebagai satu cara untuk mengatasi masalah kesalahan sering yang dihadapi pelajar terutama dalam menjawab soalan peperiksaan Sains Kejuruteraan. Kajian juga dijalankan berdasarkan pendekatan berfokus yang diperkenalkan dan mendapati penguasaan kemahiran pelajar dalam menjawab soalan semakin memuaskan jika dibandingkan dengan sebelumnya. Pelajar tersebut lebih menunjukkan sikap positif dengan menunjukkan pembelajaran aktif untuk menguasai kemahiran menyelesaikan masalah dan mempunyai keyakinan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di kelas bagi mencapai keputusan yang cemerlang dalam subjek Sains Kejuruteraan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 144155.pdf]
Text
144155.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics